Jumaat, 15 Julai 2011

PANDUAN BELAJAR CEMERLANG


1. Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu.

2. Sentiasa membaca Al-quran sekurang-kurangnya satu jam sehari,

sekurang-kurangnya satu muka sehari.

3. Memulakan pagi anda dengan solat tahajjud,taubat dan berdoa serta

membaca Al-quran walaupun sedikit (Qiamulail).

4. Membaca Al-Ma'thurat iaitu wirid serta zikir yang selalu diamalkan

oleh Rasullullah s.a.w di waktu pagi dan petang.

5. Sarapan pagi dengan menu telur dan madu.

6. Jika ada masa terluang, rujuk nota ringkas dan lihat apa yang akan

dipelajari hari ini.

7. Menumpukan perhatian semasa belajar. Belajar hanya niat untuk menuntut

ilmu dan mencari redha Allah.

8. Menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat.Tidak makan pada

waktu rehat (Sekiranya lapar alaskan perut anda dengan kuih atau air).

9. Tidur sedikit sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan

mengantuk akibat Qiamullail.

10. Kalau tahan mengantuk lebih baik membaca atau melakukan tugas-tugas

persatuan dan aktiviti-aktiviti lain.

11. Bersenam dan bermain selepas solat Asar atau melakukan aktiviti yang

dapat mengeluarkan peluh.

12. Solat Maghrib pada awal waktu dan makan sedikit serta membaca Al-Quran

atau mendengar kuliah Maghrib.

13. Belajar selepas Isyak kira-kira 2 jam.

14. Muhasabah diri sebelum tidur dan ingat kembali tentang apa yang dilakukan
dalam sehari.

Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali




· Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman

dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan

- ikut jantina.

· Jangan banyak bercakap di hadapan guru.

· Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.

· Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.

· Jangan menyangkal kata-kata guru.

· Jangan mengumpat pelajar lain.

· Jangan berbisik di hadapan guru.

· Jangan berpaling kiri dan kanan.

· Jangan menyoal semasa guru kepenatan.

· Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).

· Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun

diulang 1000 kali.

· Rujuk guru dalam memilih ilmu.

· Jangan duduk tempat guru.

· Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.

· Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar

menemuinya.

· Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan

kemurkaannya.

· Muliakan anak-anak guru.

· Selalu berhubung dengan guru.

· Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh

mengurangkan keberkatan ilmu.

· Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.


Semoga ianya berguna dan dapat diamalkan oleh murid-murid.

Selasa, 5 Julai 2011

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran



MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT.

MANFAAT ICT DALAM PEMBELAJARAN

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:

• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
• meningkatkan motivasi murid
• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk dikumpul
• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
• meningkatkan kemahiran ICT

SYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM P&P

Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian :

• Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau
sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.

• Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk
menyokong sesuatu pendekatan P&P

• Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang
sesuai

Kefahaman konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan mod.

Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru - guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai :

a) Tutorial
b) Aplikasi
c) Penerokaan ( Eksploratori )
d) Komunikasi

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
• Asap,
• Dajjal,
• Binatang,
• terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
• turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
• Yakjuj dan Makjuj,
• tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
• sekali di barat dan
• yang ketiga di Semenanjung Arab
• yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R. Muslim)