Isnin, 6 April 2009

PEMANDANGAN MUSIM BUNGA




Dengan ketibaan musim bunga, Taman Yihe di Beijing kelihatan dihiasi pokok-pokok yang semakin merimbun dan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Pemandangan yang cukup indah ini menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara.







Dengan ketibaan musim bunga, Taman Yihe di Beijing kelihatan dihiasi pokok-pokok yang semakin merimbun dan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Pemandangan yang cukup indah ini menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara.






Arab Saudi sering dianggap pilihan percutian yang kontroversi. Tetapi bagi penyelam, ia menawarkan beberapa lokasi terumbu karang terakhir dunia yang masih belum disentuh.
TERUMBU karang Farasan Banks belum pernah disentuh oleh manusia sebelum ini.
JIKA anda seorang ejen pelancongan, anda mungkin mendapati bahawa Arab Saudi ialah salah sebuah negara yang sukar untuk dijual atau dipromosi sebagai sebuah lokasi percutian popular.
Apatah lagi negara Barat sering melaung-laungkan bahawa ia adalah sebuah negara yang penuh dengan ancaman pengganas, satu pandangan yang skeptikal dan tidak wajar.
Namun, mungkin ramai tidak menyedari bahawa Arab Saudi sebenarnya mampu menyediakan satu pakej percutian yang menarik iaitu di kawasan sekitar pesisir pantai Laut Merah.
Untuk pengetahuan anda, di Laut Merah terdapat beberapa lokasi atau kawasan di mana terdapat terumbu karang dara terakhir dunia yang masih belum disentuh atau tercemar, selain kawasan menyelam yang paling jernih di planet Bumi.
Itulah perkara yang menyebabkan saya begitu tertarik dan terpesona dengan keindahan pemandangan dasar laut di Laut Merah.
Saya sebenarnya telah dijemput ke Arab Saudi oleh Dream Divers, sebuah syarikat selaman yang beroperasi di selatan negara tersebut.
Selepas mendarat di landasan lapangan terbang Sultan Abdulaziz di Jeddah, kami memulakan perjalanan menaiki kereta selama dua jam setengah ke selatan Arab Saudi di mana jalan tersebut berakhir di Yaman.



PENYU Hawksbill adalah antara penghuni dasar Farasan Banks.
Untuk beberapa kilometer perjalanan dan setelah kami merentasi pesisir pantai Laut Merah, kami sampai di bandar Al Lith yang kelihatan banyak masjid, rumah dan padang bola sepak.
Ia juga merupakan rumah kepada ketua Al Ahlam Marina, Eric Mason, bekas rakyat Britain yang menubuhkan Dream Divers selepas tiba di negara tersebut 36 tahun lalu.
Kami kemudian bertemu Eric yang telah memeluk agama Islam tujuh tahun lalu sebelum dibawa menaiki bot dan meronda menyaksikan keindahan air laut yang begitu jernih.
Hampir dua jam setengah selepas itu, kami mula memasuki lokasi yang dikenali sebagai salah satu tempat paling berbahaya di dunia di mana lanun-lanun menjalankan operasi mereka dari Sudan dan Somalia.

Pemandangan Laut yang Menawan Hati






Di kawasan Teluk Sanniang, terdapat beratus-ratus ekor dolfin putih ini. Dolfin-dolfin ini suka mengekori perahu dalam laut. Jadi, apabila pelancong melawat ke sini, mereka sentiasa boleh melihat dolfin bermain-main di dalam laut.
Nama Teluk Sanniang ini berasal daripada satu cerita yang tersebar dalam kalangan penduduk tempatan. Kononnya, ada tiga orang lelaki menangkap ikan di laut dengan menaiki perahu, dan mereka tidak dapat pulang. Isteri ketiga-tiga lelaki ini menunggu kepulangan suami mereka di tepi pantai dan memandang jauh ke tengah laut tiap-tiap hari. Hari berganti hari, dan tahun berganti tahun, suami mereka masih belum pulang. Ketiga-tiga wanita ini telah menjadi tiga buah batu besar. Oleh yang demikian, penduduk di tempat ini menamakan kawasan ini Teluk Sanniang, yang bermaksud tiga orang wanita yang menyayangi suami. Tiga buah batu besar tersebut juga dikenali sebagai Batu Sanniang. Selain tiga buah batu tersebut, terdapat juga banyak batu yang beraneka bentuk di Teluk Sanniang ini.



Setelah berkunjung ke kawasan penempatan etnik Gin dan Teluk Sanniang, mari ikuti saya meneruskan perjalanan ke bandar Beihai. Beihai merupakan sebuah semenanjung yang berhadapan dengan laut dari tiga hala. Bandar peranginan ini mempunyai iklim yang nyaman sepanjang tahun. Udaranya bersih, air tidak tercemar, mutu udara dan airnya telah mencapai piawaian tertinggi negara. Udara di bandar ini mengandungi 2,500 hingga 5,000 ion negatif setiap sentimeter padu, iaitu 50 hingga 100 kali ganda berbanding kawasan pedalaman China. Maka Beihai juga dikenali sebagai "Bandar Bar Oksigen" terbesar di China.
Di bandar ini, kita dapat melihat tanah yang berwarna hitam kemerah-merahan, air laut yang berwarna biru, pasir pantai yang putih dan halus, serta pokok-pokok kelapa sawit yang menghijau. "Pantai Putih" di Beihai ini luas, pasirnya juga halus, air lautnya bersih dan ombaknya "lemah lembut".
Pelancong A.S., Johny Loop memberitahu pemberita: "Beihai amat indah. Kawan saya memberitahu saya bahawa saya mesti melawat Beihai kerana kota ini sungguh cantik sekali."

Isnin, 30 Mac 2009


Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain

Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri

Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih

Tingkap papan kayu bersegiSampan sakat di Pulau AngsaIndah tampan kerana budiTinggi darjat kerana bahasa
Anak Siti anak yang manjaSuka berjalan di atas titiOrang yang malas hendak bekerjaPasti menyesal satu hari nanti
Bintang tujuh sinar berseriBulan purnama datang menerpaAjaran guru hendak ditaatiMana yang dapat jangan dilupa
Parang tajam tidak berhuluBuat menetak si pokok RuBila belajar tekun selaluJangan ingkar nasihat guru
Hari malam gelap-gelitaPasang lilin jalan ke tamanSopan santun budaya kitaJadi kebanggaan zaman berzaman
Pergi berburu sampai ke sempadanDapat Kancil badan berjalurBiar carik baju di badanAsalkan hati bersih dan jujur
Pulau Pandan jauh ke tengahGunung Daik bercabang tigaHancur badan dikandung tanahBudi yang baik di kenang juga
Ramai orang membeli jamuDi bawah pokok cuaca redupBersungguh-sungguh mencari ilmuIlmu dicari penyuluh hidup
Apa guna berkain batikKalau tidak dengan sucinya?Apa guna beristeri cantikKalau tidak dengan budinya
Berakit-rakit ke huluBerenang-renang ke tepianBersakit-sakit dahuluBersenang-senang kemudian
Buah cempedak diluar pagarAmbil galah tolong jolokkanSaya budak baru belajarKalau salah tolong tunjukkan
Pisang emas dibawa belayarMasak sebiji di atas petiHutang emas boleh dibayarHutang budi dibawa mati
Dalam semak ada duriAyam kuning buat sarangOrang tamak selalu rugiMacam anjing dengan bayang
Baik-baik mengirai padiTakut mercik ke muka orangBiar pandai menjaga diriTakut nanti diejek orang
Ke hulu membuat pagarJangan terpotong batang durianCari guru tempat belajarSupaya jangan sesal kemudian
Mari kita tanam haliaAmbil sedikit buat juadahUsia muda jangan disiaNanti tua sesal tak sudah
Padi muda jangan dilurutKalau dilurut pecah batangHati muda jangan diturutKalau diturut salah datang
Cuaca gelap semakin redupMasakan boleh kembali terangBudi bahasa amalan hidupBarulah kekal dihormati orang
Orang Daik memacu kudaKuda dipacu deras sekaliBuat baik berpada-padaBuat jahat jangan sekali
Dayung perahu tuju haluanMembawa rokok bersama rempahKalau ilmu tidak diamalkanIbarat pokok tidak berbuah
Kalau kita menebang jatiBiar serpih tumbangnya janganKalau kita mencari gantiBiar lebih kurang jangan
Pinang muda dibelah duaAnak burung mati diranggahDari muda sampai ke tuaAjaran baik jangan diubah
~dipetik dari halaqah.net~